¶ Air Kathira Minuman Pilihan Sepanjang Ramadan
Aug
17
JOHOR BAHRU 17 Ogos - Sebut sahaja Air Kathira Abu Bakar, maka terus tergambar minuman yang memang dinanti-nantikan kemunculannya kerana ia hanya dapat diperoleh setahun sekali iaitu pada bulan Ramadan.Atas dasar memegang wasiat ayahnya, Radiah Abu Bakar, 37, mengusahakan minuman berkhasiat yang berasal dari Pakistan itu setiap kali Ramadan menjelma iaitu sejak 26 tahun lalu di kedainya di Jalan Mututhambi, Tampoi dekat sini.Mewarisi perniagaan itu daripada arwah bapanya, Abu Bakar Mohamed Eusoff, Radiah memberitahu, sebelum bapanya meninggal dunia, dia berpesan agar perniagaan itu diusahakan setahun sekali dengan tujuan kemunculannya dinanti-nantikan pada Ramadan.
Menurutnya, air tersebut cukup popular bukan sahaja di kalangan penduduk negeri ini malah ada pelanggannya yang sanggup datang dari Melaka dan Lembah Klang untuk menikmati keenakannya.
Radiah berkata, air tersebut kini dijual pada harga RM2.90 sebungkus bagi 500 mililiter (ml) dan RM6 bagi botol 1.5 liter.
Jelasnya, harga jualan tahun ini dinaikkan 10 sen berbanding tahun lalu berikutan kenaikan harga gula dan beberapa bahan lain yang turut mengalami kenaikan harga.
"Bagi memastikan resipi minuman ini tulen, kami mengekalkan bahan-bahan utama seperti yang diwariskan oleh arwah bapa.
"Sebaik bermula Ramadan kami telah menerima banyak tempahan bukan sahaja di kalangan masyarakat bandar raya ini malah dari luar Johor turut datang ke sini semata-mata untuk mendapatkan air kathira," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Radiah berkata, bagi pelanggan jauh dan untuk memastikan mutu dan rasa air itu tetap tulen, pihaknya memasukkan bungkusan air kathira ke dalam bekas yang dilengkapi air batu.
Katanya, setiap hari pihaknya menyediakan kira-kira 3,000 bungkus air kathira bersaiz 500 ml dan 1,000 botol bersaiz 1.5 liter.
Bagi memenuhi permintaan, Radiah dibantu 11 pekerja yang melakukan kerja-kerja menyediakan air itu mulai 8 pagi hingga 10 malam.
Tiga adiknya turut menjual air kathira di Singapura untuk memenuhi pasaran di Kota Singa itu dan permintaannya juga amat menggalakkan.
"Saya bersyukur kerana pelanggan percaya dengan produk yang kami hasilkan kerana mengekalkan ketulenan," katanya.
Menurutnya, antara keistimewaan air kathira ialah ia dihasilkan menggunakan 10 bahan terpilih dan segar seperti buah kembang semangkuk, buah kathira, gajus, kismis, kurma, agar-agar, biji selasih dan halwa kabung yang cukup berkhasiat dan memberi tenaga.
Katanya, air kathira Abu Bakar juga boleh diperoleh di beberapa pengedar di Kampung Melayu, Taman Perling, Bazar Ramadan Bandar Baru Uda (BBU), Taman Dahlia, Bazar Ramadan Stadium Larkin, Senai, Puteri Wangsa, Pontian dan Desaru, Kota Tinggi.
Radiah berkata, mereka yang ingin mendapatkan bekalan dan ingin menjadi pengedar air kathira boleh menghubunginya di talian 019-7824264 atau 012-7965440.
creadit to : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0814&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_04.htm
Tuesday, August 17, 2010 | tags info |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
- ¶ Nie Yang Aku Benci Nie
- ¶ Tab Mandi
- ¶ Cara-cara Nak Menerangkan Mengenai Sexuality Kepada Kanak-Kanak Menggunakan Pen
- ¶ Revolusi Bentuk Bola Dunia Dan Adidas
- ¶ Banyak Bende Nak Cerite Pasal Raya Pertama, Ke Dua Dan Ketiga nie
- ¶ Selamat Hari Raya
- ¶ Map Ke Rumah Fahmie Raya Ini
- ¶ Update!!! Working 100 % !!!
- ¶ Banner Baru
- ¶ Hantu Raya
- ¶ Fashion Untuk Kucing Si Manja
- ¶ Kalau Nak Nyanyi Lagu Negaraku. Nyanyi Lah Betul-Betul!!!
- ¶ Perempuan dan Pulut
- ¶ Salah Tengok Jadual
- ¶ Bende Yang Hebat Itu Berasal Dari Tempat Yang Hina
15 Comment. Write Yours!:
air ape ni...dah try? sedap tak.
femes btol smpai masuk paper..
fahmie berbuka air nie la ari nie.kalau leh letak tester dah letak kt blog nie.hehe
aish...apesal same lak ni??
ain pun baru minum air ni dan sgtlah sedap
baru nak buat entry psl air ni
hehe~
Ain.nie namenye jodoh kot.ade chemistry nie.hehe
tak pernah dengar lak air ni. mcm air tuak ke?
FUYO...PUASA LAH...BAHAHAHA...TAK BAIK LAH.DOCE TAU...
mmg sedap..sy dahpena rase fahmie,,,,
Wah.kamu org joho jgk ke?hehe.leh buka sama nanti.hehe
katira.. ais yg famous di Johor
yup2..penah rase tak??cari la kt kl.rasenyer dah ade jugak kot..
memang betol2 sedap ke air ni?? huhu
apa agaknya bahan air nie yer..apa makna khatira tu...kurma +++madu +dll agaknyer
Lah.bahan2 kan da ade tulis kat situ?xnmpak ye?cian
oh!xpenah try w/pn hari2 nmpk kt bazar pulai 2...kne try la skali b4 balik raye...nnt xdpt dh mrase b'pose kt jb..ehehe
1st time jln2 kt blog anda...i follow....(^_^)
haha.anda wajim mncube ecah....air tuh sedap...walaupun mahal.berbaloi...hehe.tengs sbb follow
Post a Comment