¶ Air Kathira Minuman Pilihan Sepanjang Ramadan

JOHOR BAHRU 17 Ogos - Sebut sahaja Air Kathira Abu Bakar, maka terus tergambar minuman yang memang dinanti-nantikan kemunculannya kerana ia hanya dapat diperoleh setahun sekali iaitu pada bulan Ramadan.Atas dasar memegang wasiat ayahnya, Radiah Abu Bakar, 37, mengusahakan minuman berkhasiat yang berasal dari Pakistan itu setiap kali Ramadan menjelma iaitu sejak 26 tahun lalu di kedainya di Jalan Mututhambi, Tampoi dekat sini.

Mewarisi perniagaan itu daripada arwah bapanya, Abu Bakar Mohamed Eusoff, Radiah memberitahu, sebelum bapanya meninggal dunia, dia berpesan agar perniagaan itu diusahakan setahun sekali dengan tujuan kemunculannya dinanti-nantikan pada Ramadan.

Menurutnya, air tersebut cukup popular bukan sahaja di kalangan penduduk negeri ini malah ada pelanggannya yang sanggup datang dari Melaka dan Lembah Klang untuk menikmati keenakannya.
Radiah berkata, air tersebut kini dijual pada harga RM2.90 sebungkus bagi 500 mililiter (ml) dan RM6 bagi botol 1.5 liter.

Jelasnya, harga jualan tahun ini dinaikkan 10 sen berbanding tahun lalu berikutan kenaikan harga gula dan beberapa bahan lain yang turut mengalami kenaikan harga.

"Bagi memastikan resipi minuman ini tulen, kami mengekalkan bahan-bahan utama seperti yang diwariskan oleh arwah bapa.

"Sebaik bermula Ramadan kami telah menerima banyak tempahan bukan sahaja di kalangan masyarakat bandar raya ini malah dari luar Johor turut datang ke sini semata-mata untuk mendapatkan air kathira," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Radiah berkata, bagi pelanggan jauh dan untuk memastikan mutu dan rasa air itu tetap tulen, pihaknya memasukkan bungkusan air kathira ke dalam bekas yang dilengkapi air batu.

Katanya, setiap hari pihaknya menyediakan kira-kira 3,000 bungkus air kathira bersaiz 500 ml dan 1,000 botol bersaiz 1.5 liter.

Bagi memenuhi permintaan, Radiah dibantu 11 pekerja yang melakukan kerja-kerja menyediakan air itu mulai 8 pagi hingga 10 malam.

Tiga adiknya turut menjual air kathira di Singapura untuk memenuhi pasaran di Kota Singa itu dan permintaannya juga amat menggalakkan.

"Saya bersyukur kerana pelanggan percaya dengan produk yang kami hasilkan kerana mengekalkan ketulenan," katanya.

Menurutnya, antara keistimewaan air kathira ialah ia dihasilkan menggunakan 10 bahan terpilih dan segar seperti buah kembang semangkuk, buah kathira, gajus, kismis, kurma, agar-agar, biji selasih dan halwa kabung yang cukup berkhasiat dan memberi tenaga.

Katanya, air kathira Abu Bakar juga boleh diperoleh di beberapa pengedar di Kampung Melayu, Taman Perling, Bazar Ramadan Bandar Baru Uda (BBU), Taman Dahlia, Bazar Ramadan Stadium Larkin, Senai, Puteri Wangsa, Pontian dan Desaru, Kota Tinggi.

Radiah berkata, mereka yang ingin mendapatkan bekalan dan ingin menjadi pengedar air kathira boleh menghubunginya di talian 019-7824264 atau 012-7965440.

creadit to : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0814&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_04.htm

15 Comment. Write Yours!:

NiZaM Limited said...

air ape ni...dah try? sedap tak.
femes btol smpai masuk paper..

Zulfahmi Abidin said...

fahmie berbuka air nie la ari nie.kalau leh letak tester dah letak kt blog nie.hehe

Nurain Hasan said...

aish...apesal same lak ni??
ain pun baru minum air ni dan sgtlah sedap
baru nak buat entry psl air ni
hehe~

Zulfahmi Abidin said...

Ain.nie namenye jodoh kot.ade chemistry nie.hehe

Khairi said...

tak pernah dengar lak air ni. mcm air tuak ke?

Zulfahmi Abidin said...

FUYO...PUASA LAH...BAHAHAHA...TAK BAIK LAH.DOCE TAU...

Eza Rashid said...

mmg sedap..sy dahpena rase fahmie,,,,

Zulfahmi Abidin said...

Wah.kamu org joho jgk ke?hehe.leh buka sama nanti.hehe

erieqa erine said...

katira.. ais yg famous di Johor

Zulfahmi Abidin said...

yup2..penah rase tak??cari la kt kl.rasenyer dah ade jugak kot..

Anne Boleyn said...

memang betol2 sedap ke air ni?? huhu

ASSOYFINGER67 said...

apa agaknya bahan air nie yer..apa makna khatira tu...kurma +++madu +dll agaknyer

Zulfahmi Abidin said...

Lah.bahan2 kan da ade tulis kat situ?xnmpak ye?cian

ecah..merangkap anak cik nan said...

oh!xpenah try w/pn hari2 nmpk kt bazar pulai 2...kne try la skali b4 balik raye...nnt xdpt dh mrase b'pose kt jb..ehehe

1st time jln2 kt blog anda...i follow....(^_^)

Zulfahmi Abidin said...

haha.anda wajim mncube ecah....air tuh sedap...walaupun mahal.berbaloi...hehe.tengs sbb follow

Powered by Blogger.