¶ Perempuan Dan Tudung Saji

Mula-mula Fahmie nak mintak maaf kalau ade pihak yang akan marah dengan Fahmie bile Fahmie menulis entry kali nie. Entry nie Fahmie tulis sekadar menlontarkan pendapat Fahmie. Dan idea nie Fahmie dapat dari renungan masawaktu rehat petang tadi.Kalau Fahmie ade tersalah tulis. Atau kate-kate Fahmie menindas mana-mana pihak sila lontarkan di ruang comment di bawah dan Fahmie akan delete entry nie.


Fahmie cube bagi simbolik bahawa: 
1. Bayangkan Perempuan adalah Makanan 
2. Tudung saji adalah Pakaian yang menutupi Makanan tersebut.


Dengan melihat kuih-muih diatas. Fahmie bagi beberapa situasi:

Situasi 1: Bayangkan kuih-muih ini ditutupi dengan tudungsaji diatas sebuah meja yang besar. Selepas ditutup dengan tudung saji, disekeliling tudung saji tersebut ada kuih muih yang lain. Kuih ini belum dilihat oleh mana-mana orang lelaki yang datang untuk mengambil kuih.  Kuih-muih ini belum dilihat, belum disentuh, juga belum diusik oleh sesiapapun. Dijamin dalam bentuk asal sepertimana ianya dihidangkan. Even seekor lalat pon tidak dapat menghinggapi kuih tersebut.

Situasi 2: Disebelah hidangan kuih-muih tersebut ade sepinggan kuih-muih yang sama, tetapi dibungkus dengan plastic rapping. Ianya dibalut ketat sehingga ke permukaan kuih dan menampakkan bentuk kuih tersebut. Disebabkan menggunakan plastic rapping, kuih tersebut dapat dilihat oleh para lelaki yang akan mengambilnya. Kuih tersebut dapat dilihat, disentuh dan ditekan-tekan menggunakan jari untuk lelaki tersebut menguji sama ada kuih tersebut lembut atau pun tidak tapi bentuk asalnya masih tidak terusik kerana plastic tersebut dapat menjaga kuih tersebut. Lalat pon tidak boleh hinggap sebab kuih tersebut telah dijaga.

Situasi 3: Masih jenis kuih-muih yang sama, diatas pinggan yang sama. Tapi kali ini diletakkan diatas sebuah meja dan terdedah tampa tudung saji dan plastic rapping. Disebabkan ianya terdedah ade jugak lelaki yang datang hanya melihat-lihat kuih tersebut. Ada yang datang menekan kuih-muih tersebut mnggunakan jari tampa dialas, sehinggakan bentuk kuih tersebut berubah kepada tidak menyelerakan. Ade pula yang tekan menggunakan jari baru diambil. Ada juga yang menekan tapi tidak jadi mengambil kuih-muih tersebut dan terus meninggalkan meja tersebut. Kuih itu jugak telah dicemari dengan habuk-habuk yang ada dipersekitaran meja. Tambahan lagi ada lalat yang hinggap di atas kuih tersebut.

Persoalannya: Kuih mana yang akan diambil oleh lelaki tersebut untuk dimakan? Kuih mana yang akan diambil oleh lelaki lain? Ada ker kuih yang sanggup dimakan oleh lelaki lain walaupun sudah tahu kuih tersebut telah dicepuh dan dicemari oleh persekitaran dan orang lain. Ada ker kuih yang munkin tidak akan diambil langsung? Ade ker kuih yang akan dibuang atau rosak akibat telah lama ditinggalkan?

Bagi seorang lelaki. Kadang kala tak kesahlah macam mane pon kuih tuh, kalau dia dah suka yang satu tuh, dia tetap akan ambil kuih yang telah dicepuh untuk dimakan. Tidak semestinya kuih yang dah disentuh itu teruk atau rosak. Dan percayalah ade lelaki yang sanggup terime keadaan kuih itu seadanya. Selepas sekian lama. Kuih itu menjadi darah dagingnya dan kini tak boleh dipisahkan lagi. 

" Apa yang aku dapat dari bace entry nie? Ape yang aku paham sebagai perempuan? Kalau aku lelaki ape pulak yang aku paham? Kalau aku lelaki kuih mane yang akan aku pilih? Kalau aku perempuan ape yang aku perlu buat dari sekarang? Layak ker aku sebagai kuih untuk dimakan oleh lelaki tersebut?"
Persoalan diatas perlu anda jawab sendiri. Ini sebagai renungan. Fahmie nak bawak korang ker dunia Fahmie. Apa yang Fahmie pikirkan siang tadi. Tamat

pssst: gambar diatas hanya sekadar rehatkan mata.

14 Comment. Write Yours!:

Scha Nazri said...

ermm. bagus ko uat perumpamaan. aku paham. erm, sbnarnya bagi aku lah, ia terletak kat hati masing-masing. bagi aku, laki memang akan padang paras rupa. sebab aku dh banyak kali mengalaminya. luaran tetap menjadi aspek utama. then, hati. perempuan pon sama. so, pucuk pangkal nya, hati menjadi utama. tengs bagi pendapat ko. and aku xtahu sama ada komen aku nie menepati ke tak dgn entry ko. =)

kerja gila!

Ani said...

betul lah tu....

Zulfahmi Abidin said...

hehe..takkesah la syaz...kan fahmie sndri suro syaz pikir..an an an..

Zulfahmi Abidin said...

ani


^___^

Unknown said...

waa ! nice info laa . thumbs up !
btol gak tuh kan . eheh

tiafazunia said...

byk nye situasi,
agak kne je dgn keadaan,
good!
:)

Lea Isnawi said...

aku suke perumpamaan yg ko kasi...

like dis entry!~

Lea Isnawi said...

aku suke perumpamaan yg ko kasi...

like dis entry!~

FCUTEAM said...

betul betul betul.. but i dont use tudung saji.. i use oven terus.. ^__^

Unknown said...

sudah terang lagi bersuluh, pandai2 la fikir y terbaik utk diri sendiri.. :)

benda y elok mmg kena simpan di tempat yang elok dan dijaga rapi..tapi, ramai yang takut nanti orang tak nampak, tu yang duk tayang tu..hehe~

Sophie Al-Yahya said...

fahmie!! best lah entry ni! bersukur sebab masih ada lelaki yang ambil berat tntang hal ni.ingatkan tahu makan dan sntuh kuih aje. hahahaha..
anyway, perempuan kena pandai jaga diri dan pandai sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.kalau tak pandai jaga diri boleh jadi macam kuih yang dah disentuh dan dah berbau tu.

again, good entry!

Tieah Madian said...

Ermmm..
Seperti lelaki juga..
Contoh lelaki itu gay..
Tak semua wanita dapat terima pakwe dorang bekas gay..
Btul x?
Aku plak x kesah..
Asalkan lelaki tu btul2 nak berubah..
Aku akan bantu..
~Sekarang pun admire dgn mamat yg maybe gay..
Oh no..

ada m0khtar said...

idea bgus... =)

srijuju95 said...

ngee ! nice , cume .. nie sume trltak kt hati kite . kite dh dwase .. so, bole pkir mane best , mane tak best :D

Powered by Blogger.