¶ Product Percuma

Dah tiga hari Fahmie tak update blog kan.Hrmmm..Rase berdosa pulak kat Follower-follower, Unique clicker and semestinya para Stalker-stalker.Yeee...kamu stalker!! yang membace dan melihat kat blog Fahmie dan semua yang terlibat dalam blog nie termasuk para-para VIP kat blog nie..Tapi hari nie Fahmie tak leh tahan tengok blog nie.Macam dia memanggil-manggil nama Fahmie pulak Hehe. Oh blog, kenapa ko macam rokok yang aku ambil hari-hari.hehe.Yeah..kali nie Fahmie terampil dengan Product percuma. Sekian untuk pendahuluan.

Untuk mereka-mereka yang bergelar manusia diluar sana. Terutama mereka-mereka yang mempunyai masalah ekonomi dalam kehidupan seharian. Supaya mereka semua nampak bahawa Wang bukan segalanya. Perkara nie Fahmie perhatikan sepanjang Fahmie bercuti menulis blog selama 3 hari yang lalu. Dan hari nie datang idea gile Fahmie nie yang tengah pukul 5:19 minit pagi nie after tengok perlawanan Brazil vs. Chille dengan air Teh 'O panas Fahmie tuh Amin (bukan nama sebenar) yang belanje. Fahmie rase nak start menulis dan Fahmie rase Fahmie dah ready untuk menyatakan perkara nie. Fahmie listkan jerk okey?? Tindakan selanjutnyer. "Lu-Pikirlah-Sendiri". Harap korang dapat something dari entry kali nie.

Product dari segi bahasa adalah penghasilan. Kalau nak tahu maksud yang lagi mendalam. Tanyer la sendiri kat Pakcik Wikipedia nie yerk. Product yang Fahmie maksud kan adalah:

List of the Product:

1. Jatuh Cinta
2. Ketawa terbahak-bahak sampai muke sakit.
3. Effect mandian air panas mase musim hujan.
4. Masa kita tak perlu beratur untuk bayar bill kat Pejabat Pos.
5. Pamandangan yang indah or disukai
6. Dapat surat (kecuali surat saman,surat naik semester baru dan sewaktu dengannya)
7. Berjalan-jalan waktu petang.
8. Mendengar lagu kegemaran anda diradio
9. Baring atas katil sambil hujan kat luar rumah.
10. Dapat tuala panas untuk lapkan muke lepas online or bace blog.hehe
11. Bile jumpe kat shopping mall Jacket yang diinginkan dengan separuh harga.
12. Dapat minum chocklate milk shake.
13. Dapat panggilan talifon jarak jauh. Macam dari Afrika ker. Jerman ker and etc.
14. Dapat mandi buih sabun dalam tab mandi.Gile best
15. Satu perbualan yang baik dengan kawan or sape-sape pon.
16. Pantai.
17. Terjumpe duit RM20 dalam kocek seluar jeans yang tak basoh 2 minggu tuh.
18. Ketawakan diri sendiri sebab kebodohan sendiri.
19. Bergayot berjam-jam lepas pukul 12 malam.
20. Berjalan masa gerimis.
21. Ketawa tampa sebab sama sekali.
22. Bile ade orang bagi tahu bahawa diri nie hansem or cantik.
23. Ketawa bile kawan buat lawak.
24. Kawan.
25. Jatuh cinta buat pertama kali nyer.
26. Secara tak sengaja terdengar orang mengumpat tentang diri kite.
27. Bangun tido dan perasan yang kamu boleh tido lagi beberapa jam.
28. Tak lupa juga First Kiss korang.
29. Berkenalan dengan kawan baru atau menghabiskan masa dengan kawan lama.
30. Bermain dengan kucing/arnab baru.
31. Berbual dengan kawan bilik kat kolej untuk kamu terus berjaga dari tidur. Kire over nite la senang.
32. Ada orang urut kan kepala anda dengan lembut dan bermain dengan rambut anda.
33. Mimpi yang best.
34. Cokelat panas.
35. Road Tour dengan geng
36. Tergantung kat atas buai.
37. Tengok filem romantik dirumah dengan orang yang kita cintai :(
38. Buat kuih raya di malam raya.errr..ketupat juga.rendang sekali lah.
39. Ade software LeoLyric kat laptop yang memboleh kan anda menyanyi sambil dengar lagu.
40. Pergi ke konsert
41. Bile hati ada taman bile melihat seseorang tak pon tengok gambar sahaja.
42. Buat Eye-Contact dengan orang yang tidak kikenali.opposite sex okey.
43. Menang sesuatu pertandingan or kuiz.
44. Masak untuk makan sendiri.
45. Jiran sebelah rumah anta lauk or ape-ape makanan lah.
46. Habiskan masa dengan kawan rapat.
47. Melihat orang itu dari jauh dan melihat dia tersenyum gembira.
48. Pegang tangan seseorang dengan erat. Seseorang yang anda peduli or care.
49. Terjumpe dengan kawan lama, lepas tuh perasan yang dia tak berubah dari dulu.
50. Perasan yang kite terlalu sayang sangat kat seseorang tuh.
51. Naik roller coster banyak kali.
52. Memeluk orang yang anda cintai/sayang.
53. Melihat wajah seseorang sedang buka hadiah yang anda berikan.
54. Melihat matahari terbit.
55. Bila anda dapat tahu yang anda ada kawan untuk pinjam bahu bile anda tengah sedeh.Atau sebaliknya.
56. On facebook dan ada comment pada Photo anda.
57. Bile ade orang comment kat blog kita sendiri.
58. Jumlah follower kat blog,tumblr,dailybooth,myspace, facebook,twitter, or formspring bertambah.
59. Taip name kat search engine Pakcik Google keluar nama penuh kita kat SEO tuh.
60. Ada mak yang selimutkan kita masa kite tidur sebab kepenatan.
61. Tengok gamba baby comel kat phone kawan.
62. Dapat call free mase hari jadi.
63. Result exam keluar dan dapat tahu lulus semua.
64. Dapat selesaikan soalan matematik yang susah.
65. Dapat tahu ade orang minat kat kite.
66. Habis bace sesebuah novel.
67. Dalam kesibukan terbau Perfume yang kita kenal.
68. Gambar kenangan lama.
69. Ada orang korekkan telinga.
70. Solat dengan tenang.

Woooo...da no# 70 dah Fahmie menaip. Haha tak sedar. Senarai diatas tuh sekadar contoh ape yang Fahmie lalui. Kalau korang pernah lalui dan korang setuju dengan ape yang Fahmie tulis kat atas tuh bagus la. Maknanya korang dah mencapai ape yang Fahmie cuba sampaikan. Tapi kalau tak....INI ADALAH ASSIGNMENT untuk korang. And korang boleh tambah sendiri kalau korang nak. Letak aje kat comment tuh. Ade nyer orang lain bace.

Gud luck untuk korang. Hargailah semua tuh. Sebab penghasilan percuma itu adalah benda paling best dalam hidup kita.

2 Comment. Write Yours!:

meowwmania said...

fuhh nek juling bijik mata baca :D

Zulfahmi Abidin said...

haha..mak kate.nak sedap useha kene lebeh..hehe

Powered by Blogger.