¶ Lelaki Merajuk dan Bagaimana Nak Pujuk

..:: Terhad Kepada Wanita Sahaja ::..


Lelaki merajuk? Dengar macam pelik. Tapi itu lah fakta dan hakikat. Bukan ade tulis kat mane-mane undang-undang pon yang lelaki tak boleh merajuk ak? Sekian untuk pendahuluan. [Treadmark]

Harapan fahmie bile korang dah bace entry nie:
  1. Kalau fahmie merajuk, korang pujuk la.
  2. Kalau boyfy korang merajuk, korang pujuk la.
  3. Kalau father korang merajuk, korang pujuk la.
  4. Kalau kawan-kawan lelaki korang merajuk, korang pujuk la.
  5. Kalau kawan pondan merajuk, korang pujuk la. Jangan lupe, dye pon lelaki sebenarnyer.
  6. Kalau dye tak merajuk, buat la dye merajuk. Nanti boleh la pujuk.
  7. Hehe...da tak tau nk tulis ape.
  8. Tapi still tulis lagi sebab nak cukup kan 10.
  9. Korang tak sepatutnyer bace yang nie.
  10. Tapi korang da bace sampai 10 dah. Rajin betol korang bace eak.
  11. So, kite mulakan.

Ada beberapa sebab yang menyebabkan lelaki itu boleh merajuk.

1.Cemburu

Yer, ini merupakan faktor utama kenapa si gila Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda daripada dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya. Kecemburuan ini kadang-kadang melibatkan sesuatu yang orang lain dapat lebih dari dirinya sendiri yang dianggap sebagai Merogol Mencabuli hak miliknya. Ha..si Dia pon ape lagi, merajuk la.


2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu daripada anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan Roti Canai (kenapa aku tulis roti canai pulak ni? Ahaks:D), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Susah ni:P Tapi kalau nak diikut kan situasi lain korang pandai-pandai lah pikir sendiri. Korang yang gatal bercinta, aku pulak yang nak kene bagi tahu. hehehe..

3. Orang lain lebih hebat daripada dia

Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda di samping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk. Perangai yang macam nie kite klasifikasikan sebagai kurang hasam. Penuh kebudak-budakkan and sape suroh korang bercinta or berkawan dengan orang yang macam nie.

Bila salah satu, or dua daripada tiga, or ketiga-tiga keadaan di atas berlaku. Bagaimana nak pujuk? Okey fahmie berenti sampai disini sahaja lah yerk. Ha sudah.....tak lah korang pon nampakkan? panjang berjela lagi kat bawah tuh!

Bagaimana nak pujuk?
Amaran : Tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

1. Biarkan dahulu.
Iyer. Fahmie tak tipu. Fahmie lelaki, fahmie tawu lah.(berlagak). Seperti yang sedia maklum lelaki nie sinonim dengan ke-egoannyer kan. So bile si Dia tuh tengah berbulu korang jangan la terus nak pujuk. Nanti makin menjadi-jadi merajuknyer tuh. Buatnyer si Dia mintak korang bungkuskan Honda EK-9 sebijik mane korang nak cari Haha..kadang-kadang best jugak tau merajuk nie. Teringat mase mude-mude dulu. Sekarang dah remaja dah.

2. Terangkan perkara sebenar

Adalah lebih mudah berkata benar, jujur, tegak dan direct to the point la senang cakap. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Lagi pon bukan susah sangat pon kalau nak tanya. Tekan menu-message-create message-taip nombor polis handphone si dia-taip *hai sayang..dah2 lah tu merajuk..jgn majuk lagi ye? I sebenarnyer bla bla bla. i love you*-send message-delivery report-delivered. Haa..sah hati si dia akan cepat-cepat sejuk. Confirm! Bukan susah sangat pun. adoyai..

Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mewujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat pada si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

3. Bertolak ansur dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk anda bertolak ansur tetapi tidak bermakna anda kalah sekiranya anda mengalah. Sebab, kalau dua-dua merajuk ha. Sape yang nak pulihkn keadaan kalau bukan korang sendiri yang bertindak. Tol tak?

Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

4. Ucapkan kata-kata “manis”
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia “buchuk”, “comot”, “manje” ,"yayunk" dan panggilan-panggilan pelik korang la. "Bobo" lah, Name combine ker mcm "Mieya" ker. Tak pon tulis jer name penuh dye. Macam fahmie "Mohd Zulfahmi Bin Abidin". Pon boleh jugak sebagai pendahuluan.

Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis tersebut. Ayat mesti kene power... Adalah amat kelakar bagi sehinggakan anda pun tersengih pada ketika ini. Dan fahmie saran kan korang gunakan khidmat pesanan ringkas SMS, sebab sebelum korang nk cakap tuh sempat lah korang nak berpikir.

5. Nyanyikan lagu buatnya (kalau suare korang sedap la.Kalau tak jgn buat)
Ha…tips ini merupakan tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernahkah anda nyanyikan lagu untuk si Dia?

Mungkin jawapannya. Tapi pemilihan lagu mestilah bersesuaian. Lagu yang ade kaitan dengan hubungan korang ker, Lagu terkini yang famous-famous ker. Jangan pulak korang nyanyi lagu Rap ker, Rock Kapak ker, tak pon black Metal. Memang buang tebiat la korang nie.

6. Belikan something
Maksud belikan something nie tak semestinya anda perlu pujuk kekasih anda dengan pemberian hadiah yang mahal-mahal. Kalau anda berduit, apa salahnya telefon si dia dan luang masa sejam dua. Selami hatinya. Atau belikan hadiah bende yang dia suke macam koleksi Gundam ker, Cincin, Game terbaru ker, Coklat Cadbury ker or Ice Cream KitKat dan sebagainya. Kalau anda bukan berduit dan poket ala-ala kering kontang, cukup hanya dengan kata-kata manis seperti yang fahmie suro buat kat atas tadi, Tekan menu-message-create message-taip nombor bla bla bla....Delivered. Kalau korang tak dapat belikan dalam mase tuh jugak pon tak pe. Janji jer lah, awk cakap yang kalau si Dia dah tak merajuk lagi awk belikan.

7. Suruh Senyum

Kalau si Dia dah setuju yang dia dah tak merajuk lagi. Suruh dye senyum. Kalau dye sudah senyum maknanyer MISI korang untuk memujuk berjaya.

..:: Selamat Mencuba ::..

15 Comment. Write Yours!:

Aimi Bahari said...

thanks for tips2 ni. wee~ mungkin xgune kot sbb pakwe dah xde. =P

ftn said...

heee....
terharu lak permintaan fafa ditunaikan fahnie...
weee...
=) senyuman mesra utk fahmie sbg hadiah...(poket ala-ala kering kontang)

lepasni wat entry "kenapa lelaki ego"

BB i tu ego terlebih sikit....

heee...

(tibe2 lantik fahmie sbg kaunselor i lak)

weee~~~

Zulfahmi Abidin said...

@aimi:you pon tak selama2 nyer single kn.so for future pon boleh what.

@fafa shumel: yang tuh fahmie tak pasti lagik la.sebab fahmie pon ego jgk.namenyer pon lelaki kan..so mcm ner fhmie nk tulis.hehe..

Nur Shaikhah Akmal said...

HAHAH
teringat zman mude3
:)

best2!
suke ini!

Zulfahmi Abidin said...

zaman muda? maksud awk ape ika?? ade kenemengene dgn entry nie ker?/

Nur Shaikhah Akmal said...

HAHAH
ada kot
ceritaa lamaa~

Anonymous said...

x kan lah lelaki tak leh terima ada lagi lelaki lain lagi hebat dari dia? alahaiii...hihi

Zulfahmi Abidin said...

@ika:okey2..tak nk la crite.nati kamu sedeh lak.hehe

@Red: Yg fahmie maksudkn kat atas tuh. Lelaki yg rapat dgn gf dye tuh lagi hebat. Ada paham??

cik arnab said...

huhu..cik arnab xpernah experince lelaki yg suka merajuk, kdg2 cik arnab pun nak tau camne agaknya lelaki merajuk nih ek

Zulfahmi Abidin said...

so kene cari boyfriend baru la.cari yg suke majok.ok

♥ Xett Hereen ♥ said...

wow!
bes entry neh.
tapi si dia neh da majok lebey dari 3hari neh.
geram da neh.
da 3hari text n col xreply.
raseny nak kena wat ape?
bom uma dia leh x?
huhuhu.

tapi hari neh da deam, xmo tex dlu.
bg co0l.
tpi buhsan la.
haihh~

neway, en3 neh mmg bes!~
tengs yaw.

like like like!!






=]

Zulfahmi Abidin said...

kan ade option bgi hadiah tuh.try la buat..relax la..bukan senang nk sorg2.ari2 msg n call pon tak leh jgk awk..hehe,bdwat tengs sbb suke.lain kali fahmie bg tips lain lak.hehe

cik arnab said...

hehe.. kalau la cari boypren baru semudah goreng kuew tiaw..hehe.. senang la =]

Unknown said...

terima kaseh tok tips ini yek !
suke :)

Zulfahmi Abidin said...

hehe.okey.same2..^__^.takde masalah cik shara gadis bunga

Powered by Blogger.