¶ Istiwa matahari di atas Kaabah

Pagi-pagi lagi abang fahmie da message fahmie dah, dia kate......" Hari nie 28 mei. Kalau nak semak kiblat di rumah. Tengok bayang-bayang matahari pada mana-mana tiang yang tegak jam 5.15 petang waktu Malaysia. Ketika itu matahari betul-betul atas ka'bah. selamat mencuba =) "  . Tampa lengahkan mase fahmie clik laju-laju kat blog abang fahmie.Link. So ini infomasi yang fahmie dapat.
Maha suci Allah yang menjadikan matahari sebagai petanda buat orang yang beriman.Matahari sebagai penerang permukaan bumi ini, makanan bagi tumbuhan, panduan bagi pelayar, perkiraan waktu untuk beribadat, perkiraan waktu untuk sesuatu perjanjian dan banyak lagi fungsi matahari kepada manusia.

Mari kita melihat fungsi matahari dalam menentukan arah kiblat yang merupakan perkara wajib dan syarat sah solat kita seharian, sunat ketika tidur,zikir,dan membaca al quran ,haram ketika qada hajat,makruh mengunjurkan kaki mengarah kiblat dan lain-lain.
Matahari hanya boleh berada di langit utara sehingga garisan latitud 23.5 ْ utara pada (garisan sartan) dan begitu juga di langit selatan sehingga garisan latitud 23.5ْ selatan (pada garisan jadi). Kaabah berada di kedudukan :

Ardhul Balad 21' ْ 26' 

Thul Balad 39' 49'

Oleh yang demikian kaabah merupakan kawasan laluan matahari yang akan mengalami istiwa dua kali setiap tahun.

Matahari akan berada tegak di atas kaabah pada 12.15 PM (28 Mei) atau 12.27 PM (16 Julai) waktu Mekah 

Manakala waktu di Malaysia (Kuala Lumpur) ialah pada 5.15 PM (28 Mei) atau 5.27 PM (16 Julai)

Justeru , fenomena ini merupakan peluang yang terbaik untuk kita membuat semakan dan menentukan arah kiblat secara manual,selain daripada melihat buruj atau menggunakan rubu’ mujayyab, tongkat istiwa, lintasan matahari, kompas, jam kiblat , kompas kiblat,dan telefon dan lain-lain.
 
Caranya: 
  1. Dirikan sesuatu objek tegak seperti tiang dan sebagainya di atas permukaan yang rata.
  2. Pastikan tiang atau objek itu tegak 90 darjah.Untuk memastikan ketegakan tiang itu, letakkan tali yang diikat dengan pemberat dihujung tiang sepert gambarajah di bawah.
  3. Pastikan bayang-bayang kayu itu jelas kelihatan di atas permukaannya yang rata.
  4. Pastikan kawasan tersebut tidak terlindung dengan sesuatupun.
  5. Tunggu sehingga jam 5.15 pm pada 28 Mei atau 5.27 pm pada 16 Julai (waktu Malaysia) 
  6. Apabila tiba waktunya,perhatikan pada bayang-bayang objek atau kayu yang di tegakkan tadi.
  7. Buat satu garisan daripada bayang-bayang ke arah matahari.
    8. Garisan itu mengarah ke kiblat

5 Comment. Write Yours!:

sayaidaydotcom said...

entRy ni baGus..
daPat info pasal kiblat
thankS yer..

Anonymous said...

actually.. nak tgok tu bila?? a bit confused

Zulfahmi Abidin said...

@cik iday: kalau da tahu tak slah fahmie share jgk kn..:)
@hamizah:haha..pukul 5:15 tadi la awk..so tunggu tarikh lagi satu k..

Sofiayantie said...

alaa.. terlepas 28 mei.. tak sempat nak baca.. takpe2.. ade 16 juali lak.. hehe

Zulfahmi Abidin said...

haha.okey.slamat mencuba yerk..

Powered by Blogger.