¶ Aku,Bantal & Ladybird

Mule-mule, Creadit to Nordiyana Nordin sebab bagi bantal nie tahun lepas.  Ah sudah...kesah lama.  Ini lah Ladybird saye. 
 Bantal Wangi Busuk Saya : Ladybird

Oh bantal, kau selalu ada disaat aku perlukan kau. Tapi kenapa? Kenapa kau hianati aku. Kenapa kau sakitkan aku...Pagi tadi; maklumlah baliknye pon pagi. Hari nie kau buat aku macam orang OKU dah tawu tak.  Semua sebab "Salah bantal!". Aik..bantal ker yang salah? Ke aku yang salah nie.Takper.berlagak jer mcm innocence. So nati tak la nampak sangat aku yang salah heeee =))

Kate Pakcik Google 

"MASALAH sakit leher atau lebih dikenali ‘salah bantal’ adalah keluhan yang biasa kita dengar di kalangan masyarakat negara ini. Sakit yang ketara pada sebelah pagi dan berlanjutan sehingga lewat petang, bukan setakat menyukarkan pergerakan, tetapi mengganggu tugasan seharian selain membataskan kegiatan seperti memandu.

Malah, berdasarkan penyelidikan pengguna, satu daripada setiap empat dewasa di Malaysia mengalami sengal otot dan sendi. Apakah punca masalah ini? Berbeza daripada tanggapan ramai yang mengaitkannya dengan bantal semata-mata, masalah sakit leher ini sama ada disebabkan otot dan sendi kurang aktif atau pun kerana melakukan aktiviti mekanikal dan fizikal secara mengejut.

Gerakan paling asas seperti berjalan dan duduk sekalipun, jika dilakukan dalam adab yang tidak betul juga, lambat laun akan memberi kesan pada otot dan sendi tubuh andai dibiarkan berlarutan.

Perlu diketahui, kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mengalami kerosakan pada sendi mereka. Sebaliknya kesakitan yang mengganggu ini mungkin berpunca daripada lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf.

Kesakitan ringan pula mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti berat, mengangkat berat, postur atau kedudukan tubuh tidak elok, kecederaan atau pergerakan yang tidak betul."

yerk-yerk jer dia tuh.Adeh seksa betol hari nie.

ade sesape ade cara paling berkesan nak legakan ker, hilangkan sengal di bahu ni ker?? tak pon hilangkn terus leher nie ker? sure ramai yang pernah alami menda ni kan??

orang tua-tua cakap,
  • Hempuk balik tengkok tuh dengan bantal semula. (yang nie walaupon kejam bunyinyer fahmie da buat dah tapi tak berkesan, makin sakit ade...)
  • Fahmie da bubuh Flanil.(walaupon panas, analgesic cream nie pon tak berkesan) 
  • Penangan Mama Urut.(yang nie mcm kelas vokal belajar menjerit dah hari nie)
  • Duduk bawah paip air.(dekat satu jam jugak tadi)
ha ape lagi yang fahmie tak buat? takper, tahan jer lah klu macam tuh. arghhh.....

Tapi korang tahu tak rahsia penggunaan bantal nie?

 1) Tidur Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik, sastera termasuklah semua jenis seni.seni tari ker, seni memasak ker. Ape sahaja jenis seni.Sebab setiap individu kan seni nyer berbeza-beza kan? okey,Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata. Tidak cerewet dan easygoing la senang.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Kesian betol lah... pergi kedai belilah satu.

    6 Comment. Write Yours!:

    Hunny Maldini said...

    so cmne leher fahmi then?
    dah ok ke?
    huuu
    nway,
    saya tdo 1 bantal je, tp wat bntal pluk.
    cmne tuh?
    hahhaa

    Unknown said...

    fulamak. flanil pon x menjadi.cmni la. meh nak potong leher tuh. ahahah :P

    Zulfahmi Abidin said...

    @hunny maldini: Kalau peluk pantal tuh masuk la dengan no 1 jer.klu satu baring.satu pluk.gabungkn no 1 n 3.hehe.mudah bukan.

    @nana: jgn la..fahmie lum sempat kawin lagi nie..hehe

    Unknown said...

    haha. tp cara tuh confirm da x skt da pasni. :P

    Fatin Razali said...

    get well soon yunk.
    sye tdo pkai 2 bntal.1 sbgai hiasan,1 wat pelok.xwat alas kple pon. ;p

    Zulfahmi Abidin said...

    haha.nice try faten..tapi klu kamu pakai pon ape salah nyer kn.make it combo.huhu

    Powered by Blogger.