¶ Funny Blog

Today I'm so desperate to do something, then i am blogwalking, readings people blog one by one..accidentally i read this blog named " Frust Tapi Malas" u can enjoy her blog also..just push on the blog's name. I oready link to it...she wrote something that hear lyk this:

Diari Seekor Lipas (Another Short Story)

20 Januari 2010.

Aku terjumpa satu apartment yang sangat sesuai untuk aku tinggal. Pemiliknya pemalas, pengotor dan sangat-sangat selekeh. Seluar jeansnya bau macam cuka. Aku pun tak tau kenapa. Dia selalu berdiri di depan cermin dan cakap sorang-sorang. "Haih. Kan best kalau aku Christian Bale." katanya kepada diri sendiri.

Aku juga terjumpa tempat yang paling sesuai untuk aku membina rumah tangga. Bawah sofa. Banyak betul cookie crumbs kat sini. Gua makan buffet setiap malam, beb. Setiap malam, tuan rumah ini akan keluar lepak melebihi 3 jam. Apartment ini milik aku...

22 Januari 2010

Aku sedih.

Aku terjumpa seekor gadis lipas yang sangat cun. Aku memerhatinya buat seketika. Dia sedang berjalan jalan 'seekor' diri. Sangat-sangat beautiful. Aku approach that cockroach.

"Hai. Nama saya Eddy. Apa nama awak?"

"Bella..."

Lagu popular 'Isabella' berkumandang. Aku jatuh cinta. Kami ber-dating dalam apartment itu seperti apartment itu milik kita. Kami makan cookie crumbs sama-sama. Melihat pemandangan sama-sama. Dunia ini milik kami...

"Awak tunggu sini kejap, okay?" kata Bella kepada aku. Aku tunggu di atas meja makan. Dia turun daripada meja dan berjalan pergi ke pintu.

Bila dia sampai ke pintu itu, pintu itu terbuka. Tuan apartment sudah balik dengan muka yang mengantuk. Dia nampak Bella.

"BELLAAAA!!!" Aku menjerit. Sebelum sempat Bella menoleh ke arah aku, tuan apartment memijak Bella.

...

Aku sedih.

24 Januari 2010

Kantoi! Tuan apartment ternampak aku! Aku sedang menyorok di belakang ashtray dia, tiba2 dia angkat ashtray tu. Aku berlari lari keliling bilik. Dia mengejar aku. Aku keluar dari bilik tidur dia dan menyorok di bawah sofa ruang tamu.

"Aku Hadi! Kau ingat kau boleh lari daripada aku?! Memang silap la kau!" kata tuan apartment.

Aku menyorok di bawah sofa sehingga malam.

25 Januari 2010 (Last entry)

Inilah entry terakhir. Tadi aku ternampak tuan apartment membawa tin Ridsect yang ada gambar lipas terbalik. Aku terdengar dia berkata "Matilah kau, lipas. Aku nak pergi kencing jap lepas tu aku spray setiap sudut apartment ni! HAHAHAHA!"

Sampai di sini sajalah diari aku. Aku harap lipas2 lain jumpa diari ni dan tahulah betapa bahayanya nak tinggal di apartment ini! Tuan apartment ini memang benci lipas! Dia ganas! Dan dia besar! Lipas tak boleh nak kalahkan dia! Kepada lipas yang jumpa diari ini, keluarlah dari apartment ini secepat mungkin! Aku akan cuba untuk melarikan diri daripada raksasa ini. Aku akan cuba! Tapi kamu mesti melarikan diri secepat mungkin!

In case aku mati, in case sesiapa nak buat memorial untuk aku, ingatlah, nama aku Eddy.

THE END.

(Diari ini dijumpai 16 jam selepas kematian Eddy. Eddy 'ditanam' di tempat yang sama Bella ditanam. Tong sampah.)


p/s: Hihihi...tengs to the writer....she make me laugh out loud this evening...

0 Comment. Write Yours!:

Powered by Blogger.